STK Glorious
- Details
- Category: STK Glorious
- Hits: 8034
Pada 15 Mac 2018 lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan majlis Sidang Akhbar Keputusan SPM 2017 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shaharudin bin Sharif, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Sidang akhbar ini mengumpulkan para calon SPM 2017 yang cemerlang di peringkat negeri Johor di Dewan SMK Tinggi Kluang, Johor.
Johor mencatatkan indeks Gred Purata Negeri 4.81 mata dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, sekali gus mengatasi indeks Gred Purata Nasional selama enam tahun berturut-turut. Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata, berbanding tahun 2016 yang mencatatkan Gred Purata Negeri sebanyak 4.94 mata, peningkatan 0.13 mata itu merupakan pencapaian yang membanggakan.
Yang turut hadir dan menyampaikan sijil kepada calon cemerlang negeri ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.
Tahniah diucapkan kepada para calon SPM 2017 yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan !
"STK GLORIOUS"
"SEKOLAHKU SAYANG"
"LET'S GO TOGETHER WE ACHIEVE MORE"
- Details
- Category: STK Glorious
- Hits: 7603
Pada 27,28 dan 1 Mac 2018 yang lalu, sekolah Whitley Secondary School telah mengadakan lawatan ke Sekolah Tinggi Kluang untuk melihat suasana dan persekitaran sekolah ini.Mereka juga turut menolong pihak sekolah untuk mengecat dinding untuk mencantikkan lagi kawasan sekolah.
- Details
- Category: STK Glorious
- Hits: 9947
Sukantara Sekolah Tinggi Kluang 2018, telah diadakan pada Isnin 5Februari, Selasa 6Februari dan Rabu 7Januari. Pada 5 dan 6 Januari bermula sukantara dengan acara lompat jauh dan lontar peluru mengikut rumah sukan bermula 3.30 petang hingga 6.00 petang. Pada 7 Januari, melakukan acara balapan iaitu acara 100 meter bermula 7.30 hingga 10.00 pagi oleh semua rumah sukan iaitu Alluidin, Sulaiman, Abu Bakar dan Abdullah. Berikut merupakan gambar semasa sukantara:
- Details
- Category: STK Glorious
- Hits: 7644
Program Santai Minda Tingkatan 4
Tarikh: 25/1/2018
Masa: 8.00 pg - 2.30 petang
Tempat: Komples Sukan,STK
Sasaran: Semua Pelajar Ting. 4
Pakaian pelajar: Tshirt rasmi sekolah & track bottom
Penyelaras: Pn. Norashikin Bt Hj Ismail
Tentatif:
8.00 - 9.15 pg : Ujian DASS
Ujian Psikometrik
9.15 - 10.30 pg : Senamrobik
10.30 - 11.00pg: Rehat
11.00 - 1.10 ptg: Telematch
1.00 - 1.40 ptg : solat zohor
1.40 - 2.30 ptg : -Final Telematch
-Penyampaian
Hadiah
- Bersurai
'Akedemik Cemerlang'
'Sahsiah Gemilang'
'Akedemik Terbilang'
Page 3 of 4