Pada 4 Mac 2020 yang lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan program 'Kenali Budaya Cina' yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Cina. Murid-murid telah berkumpul di kompleks sukan seawal jam 7.30 pagi. Tetamu-tetamu kehormat pula telah tiba kira-kira pada pukul 7.40 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu dan diikuti dengan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan oleh Cik Juanita Primrose dan diikuti oleh ucapan perasmi iaitu Encik Yong Kheng Chien yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Tarian Singa dan Naga Malaysia dan juga merupakan Pengasas Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia.

12      4     4     5

 

 

    Selepas selesai ucapan, majlis diteruskan dengan persembahan daripada Pasukan Tarian Singa sekolah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan membuat tang lung dan pertandingan menulis tulisan kaligrafi. Para guru dan pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk mencuba menulis tulisan kaligrafi tersebut. Majlis ini telah berakhir pada pukul 8.30 pagi dan para pelajar dibenarkan pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pembelajaran.

 

7   10  13

 

15   1   19

 

                                                                      14