Pada 15 Mac 2018 lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan majlis Sidang Akhbar Keputusan SPM 2017 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shaharudin bin Sharif, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Sidang akhbar ini mengumpulkan para calon SPM 2017 yang cemerlang di peringkat negeri Johor di Dewan SMK Tinggi Kluang, Johor. 

  Johor mencatatkan indeks Gred Purata Negeri 4.81 mata dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, sekali gus mengatasi indeks Gred Purata Nasional selama enam tahun berturut-turut. Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata, berbanding tahun 2016 yang menca­tatkan Gred Purata Negeri sebanyak 4.94 mata, peningkatan 0.13 mata itu merupakan pencapaian yang membanggakan.

   Yang turut hadir dan me­nyampaikan sijil kepada calon cemerlang negeri ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penera­ngan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

   Tahniah diucapkan kepada para calon SPM 2017 yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan !

 

 

photo6255625587976677391

 

 

photo6255625587976677401

 

photo6255625587976677400

 

photo6255625587976677399

 

 

photo6255625587976677392

 

photo6255625587976677398

 

photo6255625587976677393

 

photo6255625587976677390

 

photo6255625587976677394

 

photo6255625587976677395

 

photo6255625587976677396

 

 

photo6255625587976677397

 

photo6255625587976677400

 

"STK GLORIOUS" 

"SEKOLAHKU SAYANG" 

"LET'S GO TOGETHER WE ACHIEVE MORE"