PROGRAM KOLABORASI PANITIA SAINS KOMPUTER DAN FAKULTI SAINS KOMPUTER UTHM  
Pada 9 April 2018, Panitia Sains Komputer Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Program Kolaborasi Panitia Sains Komputer bersama Fakulti Sains Komputer Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Program ini bertujuan untuk meluaskan lagi pengetahuan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Sains Komputer dalam penggunaan Program C++.
Sepanjang program dijalankan, Dr. Muhd Amin Bin Muhd Yunus telah mengetuai pelajar-pelajar semasa setiap sesi dijalankan. Beliau juga telah memberikan beberapa taklimat berkaitan dengan program Sains Komputer ini serta telah menjemput beberapa orang profesor untuk memberikan ceramah.

Gambar diatas diambil semasa taklimat dijalankan berkaitan program C++ yang telah dilakukan oleh Dr. Muhd Amin Bin Muhd Yunus. 

Pelajar diatas memberikan ulasan berkaitan Program C++.

Cenderahati diatas disediakan oleh Panitia Sains Komputer Sekolah Tinggi Kluang kepada Fakulti Sains Komputer UTHM.

 

Sekian, terima kasih.

"STK, Glorious

Sekolahku Sayang,

"Together We Achieve More"