Sentuhan Kasih kepada Pengetua kepada Murid Berbangsa Cina,India dan lain-lain untuk Berbangsa India

 

     Pada 1 Mac 2018, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Sentuhan Kasih kepada Pengetua kepada Murid berbangsa Cina dan India untuk Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pelajar yang mempunyai masalah dalam setiap mata pelajaran di sekolah. 

 

photo6109669349284489375

    Pengetua menyampaikan ucapan kepada murid-murid di Dewan Bestari.

 

photo6109669349284489371

  Para pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran.

 

photo6109669349284489373

  Para pelajar sedang tekun mengulangkaji pelajaran bersama bimbingan guru.

 

photo6109669349284489369

   Pelajar mengambil makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak sekolah. 

photo6109669349284489368

   Pelajar menikmati makanan dan minuman di kantin sekolah. 

 

"STK GLORIOUS"

"SEKOLAHKU SAYANG"

"LET'S GO TOGETHER WE ACHIEVE MORE"

 Guangyang Secondary School telah mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Tinggi Kluang. Lawatan tersebut adalah pada 5 MAC 2018. Seramai 70 orang telah mengikuti lawatan tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti permainan tradisional.

1

3

4

STK GLORIOUS,

SEKOLAHKU SAYANG

TOGETHER WE ACHIVE MORE

 

ajxjw

Sejarah Sekolah Tinggi Kluang bermula dengan penubuhan Government English School (GES) di Dewan Volunteer Drill Hall, Jalan Hospital, Kluang. Pembinaan GES di Jalan Hospital dilakukan sekitar bulan Januari 1939. Setelah sekian lama, kerajaan British yang memerintah Tanah Melayu pada ketika itu mengalihkan GES ke Jalan Sekolah. Pada 1 Julai 1939, GES dibuka dengan rasmi oleh Yang Mulia Tengku Temenggung Ahmad, Kerabat Diraja Johor.

Walaupun GES cuma dibuka secara rasmi pada 1 Julai 1939, pentadbirannya telah bermula sejak penubuhan GES di Dewan Volunteer Drill Hall. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, pada Januari 1946, GES dibuka semula di bangunan Tentera Jalan Ibrahim, Kluang di bawah arahan Tentera Kebangsaan India (Indian National Army) selama lebih kurang 6 bulan. Akhirnya, pada 16 Jun 1946, GES dipindahkan ke bangunan asalnya semula di Jalan Sekolah.

GES yang selama ini adalah sekolah lelaki telah bertukar kerana menerima pelajar dari semua jantina. Encik Koe Ewe Teik telah menubuhkan identiti GES dengan membina lambang sekolah dan lagu sekolah. Sewaktu itu, GES semakin giat dalam bidang ko-kurikulum dan akademik. Perkembangan pembinaan bangunan baru semakin giat. Nama sekolah turut bertukar kepada Secondary English School (SES). Pada masa ini, SES sudah tidak menerima pelajar sekolah rendah.

Kemudahan infrastruktur semakin canggih daripada dulu. SES telah mewujudkan asrama bagi kemudahan pelajar. Kemudahan sukan tidak ditinggalkan dalam pembangunan ini. Kompleks Sukan telah ditubuhkan. Pelbagai acara sukan telah dijalankan di situ. SES turut melahirkan pelbagai tokoh professional. Lambang dan moto sekolah berubah sekali lagi. Namanya turut berubah menjadi Sekolah Tinggi Kluang (STK)pada tahun 1980. Sejak tahun 1984, kelas peralihan tidak diwujudkan lagi di STK. Nama sekolah sekali bertukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang (SMKTK) dan kemasukan pelajar ditapis oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Sejak itu, kecemerlangan SMKTK semakin memuncak. Keputusan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia menjadikan SMKTK semakin cemerlang. Memandangkan SMKTK adalah sekolah prdana (sekolah elit), namanya sekali lagi ditukar menjadi Sekolah Tinggi Kluang. STK pernah diterajui oleh Tuan Haji Wahid bin Bilaji sehingga tahun 2011. Tuan Haji Rozali menyambung legasi dari 2011 hingga 2016. Pada tahun 2016, Tuan Haji Rozali Bin Jemali digantikan Abdul Rahman bin Mohd Nor untuk meneruskan legasi untuk menjadikan STK sekolah yang terbilang.