LAMAN UTAMA
MAJLIS IFTAR RAMADHAN ASRAMA SEKOLAH TINGGI KLUANG BERSAMA PPD KLUANG
- Details
- Written by alyaadriana
- Category: STK Glorious
- Hits: 1010
MAJLIS IFTAR RAMADHAN ASRAMA SEKOLAH TINGGI KLUANG BERSAMA PPD KLUANG
Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Asrama Sekolah Tinggi Kluang bersama PPD Kluang 2018 di Dewan Alamanda, Asrama STK. Majlis ini diadakan untuk mengadakan jamuan berbuka puasa di bulan Ramadhan untuk para pelajar Asrama Sekolah Tinggi Kluang. Iftar Ramadhan ini diadakan pada 3 Jun 2018 pada pukul 6:30 - 8:00 malam. Para pelajar Asrama STK menikmati juadah yang disediakan dengan penuh selera.
"STK GLORIOUS"
"SEKOLAHKU SAYANG"
"TOGETHER WE ACHIEVE MORE"
Minggu Orentasi Tingkatan Enam Sesi STPM 2019
- Details
- Written by alyaadriana
- Category: STK Glorious
- Hits: 1056
MINGGU ORENTASI TINGKATAN ENAM SESI STPM 2019
Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan minggu orentasi Tingkatan 6 sesi 2019. Banyak aktiviti aktiviti yang menarik untuk pelajar telah diadakan bagi menyambut kedatangan mereka sebagai warga Sekolah Tinggi Kluang yang baru. Para pelajar berasa sangat seronok dan gembira apabila minggu orentasi ini diadakan. Selamat datang diucapkan kepada warga Tingkatan 6 sesi STPM 2019.
"STK GLORIOUS"
"SEKOLAHKU SAYANG"
"TOGETHER WE ACHIEVE MORE"
Sidang Akhbar Pengumuman Rasmi Keputusan Peperiksaan SPM oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor
- Details
- Written by alyaadriana
- Category: STK Glorious
- Hits: 1283
Pada 15 Mac 2018 lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah mengadakan majlis Sidang Akhbar Keputusan SPM 2017 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shaharudin bin Sharif, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Sidang akhbar ini mengumpulkan para calon SPM 2017 yang cemerlang di peringkat negeri Johor di Dewan SMK Tinggi Kluang, Johor.
Johor mencatatkan indeks Gred Purata Negeri 4.81 mata dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, sekali gus mengatasi indeks Gred Purata Nasional selama enam tahun berturut-turut. Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata, berbanding tahun 2016 yang mencatatkan Gred Purata Negeri sebanyak 4.94 mata, peningkatan 0.13 mata itu merupakan pencapaian yang membanggakan.
Yang turut hadir dan menyampaikan sijil kepada calon cemerlang negeri ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.
Tahniah diucapkan kepada para calon SPM 2017 yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat negeri Johor. Syabas dan tahniah diucapkan !
"STK GLORIOUS"
"SEKOLAHKU SAYANG"
"LET'S GO TOGETHER WE ACHIEVE MORE"
MESYUARAT AGUNG PIBG 2018
- Details
- Written by alyaazafira
- Category: STK Glorious
- Hits: 1314
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahimantara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah.




Page 2 of 5